Monday, November 8, 2010

for my beloved fiance...

nothing to discuss... just want to show... 
to let the world know.. 
how much i love him..

Love Quote Pictures, Images and Photos




this is what im thing about him...
i,m really2 crazy loving him.




all music bring my love to him..
let him now how much i miss him..


this is what come frrom my heart too...


hope will love and together 4ever...
till de end of my life..


Happy Valentine's Day Pictures, Images and Photos

not only today...
but everyday is love day..
everyday i love you...
  never miss one second...

Love Fairytale



"MAY ALLAH BLESS US TILL DE END OF OUR LIFE"
"LOVE U FOREVER AND EVER"
(^_~)
from bottom of my heart:
who crazy on you..
i fell i'm in love everyday

ape nie???!!!

wah.. seronok nye aku....
bl dpt tau.. si cinta hati dpt ambik aku esk....
x sbo rsnye nk blk...
nk berjumpe dgn si dia.. huhu..
sronok!!!! seronok!!!! seronok sgt!!!
yippy...!!! hohoho...
thanks dear cos sudi nk ambik n apply cuti...
dpt la ktorng menampahkan perasa dlm percintaan kitorang...huhu...
nk senang dan sedap gn la perisa cukup rasa...
tp x elok sgt... byk aji nomoto.. x elok tu...
so lebih bek kn perasa asli...
kasih syang, cinta, dan mcm2 lg la..huhu...
x sabo tol aku nk tgu hari esok..huhu..
 

1 a.m.... selepas keseronokkan yang melanda...
datang pulak angin taufan puting beliung x jd nk bertiup kencang...
salah aku ker????
erm... x phm tol aku!!!!!...
nk tye pun slh... nk msg pun slh....
aku x tau la ape yg sedang berlaku nie....
mmg la dlu slh aku... 
slalu curiga... tp aku dh x ksh!!!!
aku tau tu slh aku.. aku kn yakin dgn dia....
bl aku tye ngan sp jer... dah ingat bende len...
bl aku x pk mcm tu.... dia plak yg ckp aku pk mcm tu...
aku lg yg kn!!!!!
slah aku ker???
msg sblm tdo br nk bermanje...
dh kn...x dpt nk manje2... 
aku x de mood...dia pun mcm x de mood...
ape tah yg x kn ngan dia mlm nie..
something wrong somewhere jer...
argh!!!!! ape yg dia nk sebenar nye???

harapan : esok kembali tenang..dan lebih timbul rs kasih syang 
             : serta kepercayaan dan kejujuran..
             : semoga lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang..
               untuk kebahagiaan yang abadi...
             : perjumpaan esok dan percutian ku...
               menyeronok kan seperti yang di angan kan dan di impikan..
             : pe2 pun... ku mencintaimu..
               lbih dari yang kau tahu... 
             

Sunday, November 7, 2010

JANGAN TAKUT KAWIN AWAL


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.



Friday, November 5, 2010

MARAH & BENCI !!!!!!!

“Jangan nak wat ceritalah, mulut tu jaga baik-baik”
“Aku dah banyak bersabar dengan kau, kalau bukan sebab kau kawan aku, dah lama biru mata kau tu, lantak kau lah”
 
Kemarahan dan kebencian, sesuatu yang berkait rapat dalam kehidupan. Dialog di atas ada perbezaan yang menampilkan kemarahan dan kebencian. Mana satu marah, mana satu benci? Yang pasti, marah boleh menyebabkan kebencian, tetapi, kita boleh hindarkan dari benci itu berlaku. Tetapi, dalam benci pasti terselit kemarahan, sesuatu yang menyebabkan keriangan pada syaitan-syaitan sekalian. Mengapa begitu?
Marah adalah sesuatu yang kita tidak dapat elakkan, sifat manusia, tidak kira lelaki mahupun wanita, memang adanya sisi hati untuk marah. Sedangkan Nabi sendiri pun pandai marah, tetapi marah beliau penuh hikmah, bukan atas sebab peribadi langsung. Sebab itu Nabi berpesan dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : ” Nasihatilah kepadaku ! ” Dijawab oleh Nabi SAW : ” Jangan marah! ” Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : ” Jangan marah ! “.Kemarahan memudahkan syaitan merasuk pemikiran kita, menyebabkan kita hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu.
Hakikatnya, bukan ini yang hendak diperkatakan, tajuk sudah jelas, pisahkan marahmu dari benci. Marah itu memang boleh terjadi, tetapi, janganlah hingga tahap membenci. Macam mana kita membezakan kemarahan dan benci itu? Sepertimana buku Aku Terima Nikahnya siri dua, menurut kupasan dari Ustaz Hasrizal, marah itu adalah luahan rasa tidak puas hati dengan mengharapkan perubahan, sedangkan benci adalah luahan tidak puas hati tanpa mengharapkan perubahan, dalam erti kata lain, berputus asa dengan perangai seseorang.
Konfom dialog di atas anda dapat bezakan antara kemarahan dan kebenciankan? Satu lagi benda yang dapat membezakannya, bila mana kita marah seseorang itu, selepas itu kita akan rasa lega dan sejuk, masih dapat berkawan dengannya seperti biasa, kerana kebiasaan kita marah sebegitu rupa adalah luahan tidak puas hati dan berharap dia faham serta berubah. Manakala kalau kebencian pula, apabila kita memarahi seseorang, adalah sekadar melampiaskan rasa marah, dan tidak kisah apa yang dilakukan selepas itu, yang penting, kita puas hati dapat marah dia. Benci itu merbahaya, sebab apabila kita membenci seseorang, segala apa yang dilakukannya akan menyebabkan kita bersangka buruk.
Oleh itu, marah biar berpada, syaitan akan berusaha memasukkan elemen kebencian dalam diri tatkala marah. Sebab, bila dah benci orang akan berkata macam-macam perkataan yang tuuuuut, ahakz. Ingatlah, sabda Rasulullah s.a.w, “Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (HR. Turmudzi). Apapapun, anda memang seorang yang kuat jika berjaya menahan kemarahan, kerana Nabi sendiri cakap,yang kuat itu bukan kerana fizikalnya, tetapi yang berjaya menahan kemarahannya.
Apapapun, semua dari kita, janganlah memendam sangat kemarahan itu, kerana itupun boleh menghadirkan benci, sesuatu yang disimpan apabila sudah meletup, memang konfom hanya sekadar luahan memuaskan hati, bukannya mengharapkan perubahan terhadap diri yang dimarahi itu. Ingat,  bersabar menahan kemarahan bukanlah bermaksud memendam, tetapi seeloknya menegurlah dengan hikmah, tidak menurut emosi dalam diri. Jika tidak, redakanlah kemarahan itu, barulah menegur, janganlah dipendam, nanti menjadi dendam.

tanda - tanda KEMATIAN


 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Thursday, November 4, 2010

bila kita betul2 JATUH CINTA.....


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7.. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.