“Aku dah banyak bersabar dengan kau, kalau bukan sebab kau kawan aku, dah lama biru mata kau tu, lantak kau lah”
Marah adalah sesuatu yang kita tidak dapat elakkan, sifat manusia, tidak kira lelaki mahupun wanita, memang adanya sisi hati untuk marah. Sedangkan Nabi sendiri pun pandai marah, tetapi marah beliau penuh hikmah, bukan atas sebab peribadi langsung. Sebab itu Nabi berpesan dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : ” Nasihatilah kepadaku ! ” Dijawab oleh Nabi SAW : ” Jangan marah! ” Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : ” Jangan marah ! “.Kemarahan memudahkan syaitan merasuk pemikiran kita, menyebabkan kita hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu.
Konfom dialog di atas anda dapat bezakan antara kemarahan dan kebenciankan? Satu lagi benda yang dapat membezakannya, bila mana kita marah seseorang itu, selepas itu kita akan rasa lega dan sejuk, masih dapat berkawan dengannya seperti biasa, kerana kebiasaan kita marah sebegitu rupa adalah luahan tidak puas hati dan berharap dia faham serta berubah. Manakala kalau kebencian pula, apabila kita memarahi seseorang, adalah sekadar melampiaskan rasa marah, dan tidak kisah apa yang dilakukan selepas itu, yang penting, kita puas hati dapat marah dia. Benci itu merbahaya, sebab apabila kita membenci seseorang, segala apa yang dilakukannya akan menyebabkan kita bersangka buruk.
Apapapun, semua dari kita, janganlah memendam sangat kemarahan itu, kerana itupun boleh menghadirkan benci, sesuatu yang disimpan apabila sudah meletup, memang konfom hanya sekadar luahan memuaskan hati, bukannya mengharapkan perubahan terhadap diri yang dimarahi itu. Ingat, bersabar menahan kemarahan bukanlah bermaksud memendam, tetapi seeloknya menegurlah dengan hikmah, tidak menurut emosi dalam diri. Jika tidak, redakanlah kemarahan itu, barulah menegur, janganlah dipendam, nanti menjadi dendam.


No comments:
Post a Comment